Rabu, 26 Januari 2011

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperoleh ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Kisah Teladan "KISAH LIMA PERKARA ANEH"


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghirup bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Kisah Teladan "PAHLAWAN NERAKA"


Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Selasa, 18 Januari 2011

Memahami Rahasia-rahasia Ibadah Haji

Oleh H.M. Nasir, Lc., MA

Rangkaian kegiatan ibadah haji, mulai dari niat ihram di Miqat, wuquf di Arafah, mabit dan memungut batu di Muzdalifah, melontar 3 jumroh dan bermalam di Mina, hawaf di Baitullah, sa’i antara Sofa dan Marwa, diakhiri dengan tahallul, semua kegiatan ini sarat dengan rahasia-rahasia atau nilai filosofis di balik perbuatan-perbuatan tersebut.

Diawali dengan niat dan ihram, adalah isyarat ketulusan seorang hamba memenuhi penggilan Allah Swt. dengan pakaian putih tanpa berjahit dengan rasa hina di muka bumi ini karena semuanya adalah milik Allah Swt., hanya dua helai kain ihram sajalah yang dapat dipergunakan untuk menutup auratnya, itupun tidak sama dengan pakaian seharihari,persis ketika dia lahir ke dunia ini hanya dibalut dengan sehelai kain yang tidak berjahit, dan pakaian inipun mengingatkannya ketika di padang mahsyar nanti berdiri di hadapan Allah tanpa sehelai benangpun yang membalut
tubuhnya, dengan menghayati proses awal dari rangkaian ibadah haji ini saja akan dapat merontokkan keangkuhan dan kesombongan manusia di hadapan Tuhan sang pemilik alam semetas ini.

Dengan pakaian ihram serba putih itu, semua jamaah haji digiring ke suatu tempat yang disebut Arafah dan merupakan puncak dari seluruh rangkaian ibadah haji "Haji itu adalah Arafah". Sebagaimana sabda Nabi Saw. setelah mencopot kesombongan dari adalam diri mereka lewat pakaian ihramnya, di tempat ini mereka dipaksa untuk mengetahui siapa diri mereka sebenanrya, di tempat ini tidak ada perbedaan antara kulit putih dan kulit hitam, antara pejabat dan rakyat, antara kaya dan miskin dan seterusnya.

Dengan "pengenalan" diri secara total ini mereka akan "mengetahui" Tuhannya. Siapa yang "mengenal" dirinya dia akan "mengenal" Tuhannya. Atau paling tidak mereka akan memberanikan diri untuk memperkenalkan jati dirinya kepada Allah Swt. dengan ucapan-ucapan yang keluar dari lubuk hati yang dalam : Ya Allah kepada-Mu-lah aku menghadap, kepada-Mu-lah aku bertawakkal, hanya Engkaulah yang aku inginkan. Ampunilah dosa-dosaku jadikanlah ibadah hajiku haji yang mabrur, kasihanilah aku, dan jangan Engkau kecewakan aku, berkahilah perjalananku, tunaikanlah di Arafah
ini kebutuhanku, sesungguhnya Engkau atas segala sesuatu Maha Kuasa.

"Mengenal" diri, memperkenalkan diri kepada Allah dan mengenal Allah Swt., ketiga kata kunci ini merupakan pesan moral penting dihayati oleh seorang haji, dan direnungkan ketika di padang Arafah sesuai makna dari "Arafah" itu sendiri adalah "Pengenalan".Setelah puncak pelaksanaan ibadah haji ini (wukuf) diselesaikan mereka bertolak dari tempat yang mulia ini menuju Mina dengan kendaraan atau berjalan kaki adalah merupakan kasih sayang Alah Swt. kepada hambahamba-Nya untuk berhenti sejenak bermalam di Muzdalifah menghilangkan kelelahan dalam perjalanan sesuai dengan arti "al Izdilaf Muzdalidah" maknanya tempat berkumpul.

Walaupun berkumpul di tempat ini tidak begitu lama tapi cukup berkesan bila dimanfaatkan untuk tidur sejenak, penulis pernah merasakan tidur di Muzdalifah ini ada keistimewaannya dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain, yaitu kepuasan dan kepulasan yang dapat memulihkan kembali tenaga-tenaga yang telah terkuras selama perjalanan dari Arafah menuju tempat yang mulia ini, walaupun kesempatan untuk tidur hanya sedikit. Di tempat ini para jamaah haji masih dalam berpakaian ihram dan tidak lupa mengudapkan do’a di Muzdalifah: Ya Allah, sesungguhnya ini
adalah tempat berkumpul (muzdalifah), aku mohon kepada mu untuk memberikan kepadaku segala kebaikan karena Waspada Online
http://www.waspada.co.id Menggunakan Joomla! Generated: 9 February, 2008, 06:20

sesungguhnya tidak ada yang memberi kebaikan selain Engkau… dan seterusnya. Setelah stamina badan mereka pulih, mereka melanjutkan perjalanan ke Mina untuk melontarkan 3 jamarat, yaitu Jumrah Aqabah, Jumroh Wustha dan Jumroh Ula. Orang-orang awam sering menyebut istilah ketiga tempat pelontaran itu dengan sebutan Iblis Besar, Iblis Menengah dan Iblis Kecil. Walaupun menurut sejarah pelemparan ini betul-betul melontar iblis dalam wujud yang nyata, karena pada masa itu Nabi Ibrahim ketika hendak menyembelih anaknya Ismail atas perintah Allah Swt.

iblis datang menjelma di Aqabah untuk menggagalkan ketaatan Nabi Ibrahim tersebut, tepatnya di Aqabah, Iblis pun tidak putus asa, lalu dia mempengaruhi istrinya Hajar, agar perbuatan itu jangan dilakukan, maka Hajar pun melempar iblis dengan kerikil-kerikil kecil di Jumrah Wustha (pertengahan) itu, ibslis pun mengalihkan
rayuannya kepada yang akan disembelih yaitu Nabi Ismail as. bahwa perbuatan itu tidak pernah dilakukan oleh siapapun di dunia ini sepanjang sejarah, maka Nabi Ismail as.

melempar iblis di tempat yang disebut dengan Jumrah Ulah (Jumrah kecil).Dari sudut syariat semua perbuatan itu dilakukan semata-mata ta’abudiah, tauqifiah mengikuti jejak Nabi Ibrahim as. walaupun setan dan iblis sekarang ini tidak muncul dalam bentuk konkrit, tetapi setan itu mengalir di seluruh tubuh manusia di cela-cela urat nadi, bahkan di tempat tidak mengalir darahpun setan bisa bertengger seperti di rambut dan di kuku. Maka tidak ada salahnya dalam pelaksanaan melontar jamarat ini kita tafsirkan sebagai bahasa simbolik sebagai lambang permusuhan kita dengan setan besar, pertengahan dan setan-setan kecil.

Sehingga setelah pelaksanaan melontar ini para jamaah haji tidak lagi berteman dengan setan-setan yang ada di tanah air, baik setan besar, setan pertengahan ataupun setan kecil.Dengan dilaksanakannya melempar jumrah tanggal 10 Zulhijjah, maka berakhirlah batas berpakaian ihram, berarti pelaksanaan ibadah haji sudah hampir selesai.

Sewajarnyalah para tamutamu Allah Swt. berpamitan dengan Baitullah Ka’bah yang mulia, yaitu melakukan tawaf wada’ (tawaf perpisahan). Maka jauh sebelum pamitan itu dilakukan, seyogianyalah tamutamu Allah, merapikan diri dengan bergunting dan bercukur, walaupun masih ada kegiatan ibadah haji yang masih dalam pelaksanaan seperti bermalam di Mina dan tawaf haji serta sa’i haji, ini suatu isyarat bahwa bertahallul (dengan bergunting atau bercukur) sebagai ungkapan
kegembiraan dengan terlaksananya sebagian besar kegiatan ibadah haji, rasa syukur itu tidak cukup dengan hati tapi lampiaskan juga dengan mendandani, dan merapikan diri walaupun dengan menggunting beberapa helai rambut bagi laki-laki atau perempuan.

Sedangkan bercukur hanya dianjurkan kepada kaum laki-laki tidak untuk perempuan. Dan setiap satu helai rambut yang digugurkan dinilai satu kebaikan, lebih banyak rambut yang digugurkan lebih banyak pula nilai kebaikan yang diperoleh. Lain halnya dengan perempuan tidak dianjurkan untuk memotong rambutnya melebihi dari ukuran satu jari apalagi dengan menggundul kepala, ini tidak pernah dilakukan oleh para istri-istri Rasul Saw. Sebagai ganti dari kebaikan itu maka perempuan diwajibkan menutup kepala mereka baik sebelum haji apalagi setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji, dan menutup kepala bagi perempuan di nilai ibadah bukan sebagai tradisi, seperti yang dikatakan oleh sebagian orang yang tidak loyal dengan busana muslimah. Bila seseorang tidak punya rambut sama sekali tidak boleh diganti dengan memotong jenggot atau kumis, tapi dianjurkan untuk melakukan pisau cukur di atas kepalanya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahwa Rasul Saw. bersabda : Siapa-siapa yang datang di hari kurban (tanggal 10 Zulhijjah) untuk melaksanakan pelontaran Jumrah Aqabah. Sedangkan di atas kepalanya tidak ada sehelai rambut pun maka dia cukup hanya melewatkan pisau cukur di atas kepalanya. Wallahua’lam.(Bersambung)


Penulis adalah Pimpinan Pondok Pesantren Tahfiz Al-quran Al Mukhlisin Batu Bara.